Covid-19 (2) - Amaq Solah
News Update
Loading...

Wednesday, March 18, 2020

Covid-19 (2)


-Kepentingan, Kesan, dan Cabaran dalam penyampaian maklumat berkaitan dengan Covid-19 melalui media konvensional dan media digital-

Seperti yang kita tahu bahawa media telah mempunyai peranan yang sangat penting dalam menyampaikan maklumat bahkan sejak sebelum abad ke-20. Hingga sampai masa ini, peranan media sangatlah strategic. Termasuklah dalam pasal penyampaian isu semasa yang kita kenal sebagai wabak covid-19, yang mana telah menjadi pandemik iaitu wabak dunia.

Berita wabak covid-19 itu semakin cepat menyebar di era konvergensi media ini, dimana penyebaran informasi tidak sahaja melalui media konvensional tetapi melibatkan media sosial. Perusahaan-perusahaan media seperti akhbar-akhbar yang sedia wujud tampaknya telah banyak beralih dalam penyajian maklumatnya kepada platform media sosial seperti facebook, Instagram, dan Twitter.

Hal Ini boleh difahamkan kerana menengok dari data yang dibagikan oleh Ali Salman dan rakan-rakan (2018) bahawa di Lembah Kelang sahaja, tingkat kekerapan penggunaan media yang terbanyak adalah media sosial dan laman Web. Yang mana kedua-dua platform tersebut adalah bentuk media baharu. Sedangkan untuk media konvensional menempati urutan berikutnya.


Artinya, peranan media baharu memanglah sangat penting dalam penyampaian berita. Meskipun media konvensional juga tetap masih digunakan. Namun kerana media baharu lebih banyak digunakan, maka kesan yang dibagi tentu lebih besar. Dengan wujudnya media baharu ini, masyarakat lebih cepat tahu daripada sebelumnya. Platform seperti Whatsapp misalnya menjadi media penyebaran maklumat yang sangat cepat. Contoh penggunaan whatsapp ialah seperti dibawah:


Akan tetapi, dengan keterbukaan media baharu ini, dimana khalayak atau sesiapapun boleh kongsikan sembarang maklumat, bukan sahaja menjadi sebuah nilai positif akan tetapi juga memberikan kesan negatif. Maklumat yang wujud seperti banjir (flooding information). Sehingga maklumat itupun sukar di filter mana-mana yang sahih dan mana-mana yang palsu (hoaks).


Seperti berita covid-19 ini, banyak dari maklumat yang disebarluaskan sehingga berlaku bias antara mana yang sahih dan mana yang hoaks.Hal ini akan semakin pelik berlaku manakalah tidak disokong atas kebolehupayaan literasi daripada khalayak (Mohd Nor Shahizan & Mohd Azul:2018). Hal ini juga disebabkan bukan hanya kerana kepelbagaian kandungan media atau media itu sendiri, tetapi kerana kepelbagaian wacana. Kepelbagaian wacana ini sendiri wujud daripada kepelbagaian khalayak yang menyumbang sembarang kandungan.




Sembarang maklumat yang tersebar di sosial media tersebut telah membuat kesan ramai kepada khalayak. Panic buying adalah salah satunya. Yang mana masyarakat banyak menerima berita-berita yang tidak sahih dan salah tafsir dengan keputusan pemerintah. Misalnya khalayak tidak dapat membezakan antara lock-down dengan control movement order. Padahal control movement order  tidak sama dengan lock-down-yang bermaksud sepenuhnya tutup. Sehingga dengan kesalah tafsir itu, khalayak menjadi ramai dan panic-buying.


Cabaran lain yang sering wujud dalam media adalah pembingkaian. Kita tidak menyalahkan apa yang berlaku dalam bentuk pembingkaian kerana sememangnya media memilah-milih mana yang sepatutnya termuat di halaman hadapan berita. namun yang dimaksudkan disini ialah bagaiamana media memilih mana-mana berita yang layak dimuat dan mana yang tak layak.


Misalnya dalam berita-berita yang termuat dalam berita-berita media utama di Indonesia ialah berita-berita yang terkait dengan isu politik. Memanglah berita tersebut tentang covid-19, tetapi muatan pemberitaan yang berkaitan dengan covid-19 tidak mendapatkan muatan lebih banyak daripada berita tentang politik pemerintah dan kaitannya dengan policy menangani covid-19.

Maka dalam hal inipun berlaku bias. Berita-berita yang tersebar itu (melalui media arus utama) telah membentuk persepsi masyarakat dan mengalihkan daripada fokusnya. Sepatutnya masyarakat dibagikan edukasi-edukasi apa sebenarnya covid-19 ini, bukannya malah selalu dikaitkan dengan politik dan politik, yang justru mengurangkan kepercayaan khalayak kepada pemerintah dan membuat kepanikan lagi. Dalam hal ini, media sepatutnyalah bersetuju terhadap upaya peningkatan etikanya, terutama dalam pembingkaian.




Share with your friends

Give us your opinion

Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done