Setakat
dengan kemunculannya wabak covid-19 ini, begitu banyak kajian yang boleh kita
dedahkan utamanya bagi kita pelajar komunikasi. Salah satu fenomena yang
barangkali boleh kita kaji ialah impak media terhadap peningkatan literasi
khalayak semasa pandemik covid-19. Hal ini patut untuk dikaji agar kita boleh
memahami sejauh mana khalayak berkebolehupayaan dalam literasi dan kesannya
terhadap penggunaan media.
Wujudnya
internet telah memberikan kita keleluasaan dalam mencari maklumat yang kita
ingini. Namun dengan begitu banyaknya maklumat itu tak lantas membuat kita
boleh mengetahui sembarang maklumat yang betul-betul diperlukan dan mengandungi kebenaran. Lebih
lagi dengan kewujudan internet dalam bentuk sosial media. Kecepatan internetnya
yang luarbiasa telah membuat sesiapapun jua boleh meneruskan maklumat dalam
waktu sekali tekan sahaja. Walaupun tiada jaminan mereka boleh memahami
maklumat yang mereka teruskan.
Realiti
yang berlaku itu banyak kita temukan dalam kehidupan kita sehari-hari. Salah
satu sebabnya ialah kurangnya literaci kita. Literaci ialah “the ability to read and write”
(Oxford.__). Namun dalam menggunakan media baharu, maksud literasi tidak
terbatas pada kebolehupayaan untuk membaca dan menulis sahaja, tetapi bermaksud
lebih kompleks. Literasi hari ini dapat difahami sebagai kebolehupayaan
numerikal (matematika), diagram (statistik), infografik dan video-grafik
(visual). Semua literasi ini harus dimiliki ketika berselancar di internet agar
dapat memilih maklumat yang mengandungi kebenaran.
Kemudian
jika kita bandingkan dengan semasa pandemik ini, sepertinya literasi visual
sangatlah diperlukan. Hal ini berlaku disebabkan maklumat yang wujud dan
berterusan ke setiap orang banyak lagi berupa infografik dan video-grafik. Namun
maklumat yang dikongsi oleh media bukan inheren berlaku tetapi memang sengaja
dikonstruksi sesuai dengan minat setiap generasi khalayak. Hal inilah yang
disebut sebagai “niche audience” (Barnes & Thompson
1988,1994).
Bagi para pengguna sosial media, maklumat yang
lebih disenangi ialah maklumat yang berbentuk info-grafik atau video-grafik.
Dengan demikian, pembagi maklumat akan membuat maklumat dalam bentuk
infografik/video-grafik. Misalnya dalam hal ini pihak kerajaan. Selepas memberi
kenyataan pers melalui media lama seperti TV, ia akan membagi maklumatnya di
sosial media berupa infografik/video-grafik. Hal ini kerana boleh jadi
pemerintah faham bahawa tidak semua khalayak menengok dan nak mendengarkan
maklumat panjang daripada media lama.
Gambar
1
: Teks Perutusan Khas YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
Pada gambar 1, maklumat
diumumkan dalam bentuk teks. Teks ini berjumlah 17 muka surat. Teks ini pula
yang disiarkan melalui media lama seperti televisyen oleh kerajaan. Selepas
menyiarkan melalui televisyen, kerajaan membagi maklumat ini ke sosial media.
Namun, setelah maklumat ini diteruskan ke sosial media, bentuk maklumatnya menjadi
berbeza dan beragam salah satuya ialah infografik.
Gambar 2:
infografik maklumat YAB Tan Sri Dato’
Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
Gambar 2 ialah
infografik yang diteruskan ke sosial media oleh pihak kerajaan. Infografik ini
ialah media pengganti teks perutusan yang memuat maklumat sepanjang 17 halaman.
Boleh kita tengok bahawa maklumat sepanjang 17 halaman boleh diganti hanya
dengan satu infografik.
Pembuatan infografik
ini memang disebabkan oleh tabiat daripada pengguna sosial media yang cenderung
tak senang membaca maklumat dalam bentuk teks panjang. Sehingga pihak pembagi
maklumat membuat maklumatnya banyak lagi dalam bentuk infografik seperti gambar
2. Sememangnyalah pihak pembagi info dalam hal ini pihak kerajaan memperhatikan
masalah ini sebab penggunaan sosial media banyak lagi dibanding dengan
media-media yang lain.
****
Tulisan ini adalah salah satu tulisan yang saya muat sebagai bahan perbincangan bersama dosen saya.
Malaysia, 06 Mei 2020